Kali ini entri untuk slot muhasabah diri sendiri.. Some advice from my ex uitm student yang pernah ditindas suatu ketika dahulu. Saat dimana tiada tempat untuk mengadu selain daripada Allah s.w.t. Yang paling best masing-masing bagi support each other, bagi semangat dan paling penting macam mana untuk teruskan hidup bilamana pelajar asasi mendapat result dalam UPU 0.00.. Secebis ingatan untuk pedoman. Tidak mudah untuk susah dan tidak mudah untuk senang. Berpeganglah pada tali Allah dan kamu tidak akan sesat..
Kisah Benar.
A: Pelajar lepasan diploma (7 sem - ada paper kena repeat). Degree (Course yg org taknak, dia pun taknak). Tp bila buat degree, alhamdulillah setiap sem dpt AD.
B: Pelajar lepasan diploma (6 sem - normal). Degree (Course yg ramai org nak, dia pun nak). Tp bila buat degree, sem 1 pun dah kena tendang (Pointer bawah 1.8).
Pengajaran: Si A tak prnh putus asa even masuk degree lambat berbanding org lain and dpt course yg dia taknak. Alhamdulillah atas berkat usaha yg tak putus2, kejayaan milik dia. Si B pulak terlalu ghairah dgn course yg dia dpt sampai leka and terlupa dgn matlamat dia yg sebenar. Kemudian, terpaksa mulakan balik dari bawah. Jadi.....fikir2kan.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al Baqarah: Ayat 216-
Allah knows what's best for us :) Belajar untuk redha.
Those yg dpt result gempak masa SPM tak semestinya hebat masa Asasi. Those yg dpt result gempak masa Asasi tak semestinya hebat masa Degree. Jgn cepat bangga diri. Bersyukur. Kita tak selalunya berada dekat atas. Tapi kalau dah jatuh, berusaha utk bangkit semula. Perjuangan masih belum selesai. Jgn putus asa! Renung2kan dan selamat beramal :) Salam Ramadhan.
Takda da lagi masa untuk bermain2 dengan cinta2 monyet/beruk/segala bagai natang la.
Takda da lagi masa untuk tido dalam kelas/lecturr hall/segala bagai tmpt blaja.
Takda da lagi masa untuk tak study/xblaja/xsegala bagai tuntut ilmu.
Takda da lagi masa untuk Main2 time study/blaja/segala bagai tuntut ilmu.
New me.
R.E.A.L.I.T.I INI MENJERUTKU 1
Aku sedang cuba kuat untuk diriku. Namun, semakin aku cuba tuk kuat! Semakin itu dugaan hebat datang menghenyak! Aku terduduk seketika.. Aku terkaku tanpa kata. Aku harap kalian mengerti, Aku hanya manusia biasa, hamba yang hina, banyak kejahilan pada diri. Semasa aku direntap kasar masuk ke alam realiti, saat itu hakikatnya, aku sedang enak diulit mimpi.Aku ingin kalian tahu, aku perlukan masa tuk lalui semua ini. Aku bukan malaikat yang sentiasa tunduk menjalankan perintah Allah, Aku juga bukan Nabi, yang terserlah maksumnya dari dosa, Aku juga bukan Wali, yang cukup sempurna diadun kisahnya buat pedoman. Hakikatnya, aku hanya hambaNYA pada abad ini. Yang baru hendak bertatih menuju dunia penuh pancaroba. Aku hanya manusia yang kerap tergelincir dalam pautan cinta nafsu. Aku hanya manusia yang baru hendak mula mengorak langkah menuju cinta AGUNGNYA. Dalam langkahku, dalam tatihanku, syaitan secuba sedayanya membuat aku terjatuh kembali. Aku tak ingin kecundang, tapi semakin aku cuba berdiri, semakin itu aku rasai keperitan yang mencucuk-cucuk. Tapi, aku sedar keperitan ini hanya secebis jika hendak dibanding keperitan Rasulullah dahulu.
Aku buntu!
Aku tak ingin berlagak bahagia sedangkan hatiku penuh lautan duka. Aku tak ingin tetap tersenyum sedangkan aku sedang menyembunyikan seribu sendu. Aku tak ingin tampil tenang sedangkan adrenalineku semakin membuak bagai larva di puncak gunung. Aku akui! Aku HIPOKRIT! Ia! Aku lakukan semua itu! Aku cuba tersenyum namun, dalam senyumku terserlah kepahitan. Kau harus kenal aku! Saat aku melalut dengan kata yang memang mengarut yang amat. Itu tandanya aku sedang cuba.. cuba mengembirakan kedukaan yang semakin enak bersarang dihati.. Namun, semakin aku cuba gembira, semakin itu juga syaitan tak kenal erti putus asa. Aku ingin kalian tahu, benda ini terlalu hebat untukku. Ini bukan soal yang boleh dibuat gurau dan senda. Tapi, ini soal masa depanku. Ini soal hidupku. Bagaimana aku ingin mencorak hidupku andai kelompok yang kuimpi masih kabur dari pandangan mata? Perlukah aku berkata AKU YAKIN! Aku akan berdiri dikelompok yang aku idamkan sedangkan hakikatnya, aku tak tau apa yang akan tersurat dihadapanku tuk detik seterusnya. Yang aku tau, aku hanya ingin bertahan selama mana aku dizinkan untuk bertahan olehNYA..
Aku tahu kalian sedang cuba mengembirakan aku.Sehebat mana usaha kalian menggariskan senyumanku, sampai saat ini, aku masih tak mampu tersenyum dengan mata hati, kerna hakikatnya hati aku sedang dihenyak beribu persoalan yang tak pasti. Mungkin dosaku yang bertimbun atau khilafku pada kalian membataskan aku mendapat nikmat yang sedang kalian kecapi ini, Sedangkan aku cuba sehabis usahaku mendapat yang terbaik dalam peperiksaan. Tapi, tulisanNYA di atas sana tak dapat menulis semua itu saat ini. Namun, aku yakin, diatas sana DIA sedang menyediakan takdir yang lebih baik buatku. Aku dapat rasakan ujian ini tidak lama, Namun, aku tak dapat pastikan selama mana aku mampu bertahan. Lalu, dengan tenang jiwa dan rendah hatinya. AKU MOHON KEMAAFAN andai aku pernah menyakiti kalian semua. Aku masih tak mampu tuk tersenyum saat ini, kerna hakikatnya, aku masih ingin dibuai mimpi yang tadi.
Aku ingin menyerahkan semuanya pada Allah. Aku sangat ingin. Itu memang sangatku ingin. Namun, siapalah aku tatkala bibir melancar kata sedemikian, rupanya masih ada makhluk yang begitu berapi terbakar. Masakan dia akan terus membiarkan aku menyerah semudah ini, bukankah makhluk itu sudah berjanji dia akan menarik anak adam ke lembah hina. Aku tak ingin ditarik oleh dia. Pergilah kau jauh-jauh wahai syaitan laknatullah! Aku benci kau! Aku tak ingin berkawan dengan kau! Pergi!!!!!!!
Saat hati menjerit begitu, aku ingin kalian tahu satu perkara, bukan mudah menundukkan nafsu yang usianya mencecah lapan belas tahun dalam masa sesingkat setahun. Ia, tak mudah seperti aku yang sedang berkata-kata ini, Aku harap kalian mengerti, aku bukan manusia hebat, yang mampu menundukkan nafsu seremaja itu semasa bayi. Tapi aku yakin! Ubatnya Allah telah cipta! Alunan kalimah Agung yang termaktub dalam lipatan mukjizatnya mampu menjadi penawar yang luar biasa. Namun, semakin aku dekat dengan Kalam Allah itu, semakin itu juga aku ditarik jauh oleh Syaitan laknatullah! Aku cuba salami semuanya dengan mata hati. Betapa saat ini aku perlukan masa.. Ia, masa yang akan menentukan kemana takdir hidupku mengetuk selepas ini dan aku harap, tak kisahlah bagaimana pun takdir yang menyapa di muka pintu. Aku masih tetap kukuh dilandasan menuju cinta AgungNYA..
5 Ogos 2011, 1.59 Pagi
Atas katil tempat beradu
Hanina Kaisara.
Diari ditutup cermat. Peneman yang setia disisi itu masih sudi menghulur budi. dan kini, matanya sudah terasa amat berat. bagai ada batu yang yang menghempap. Yang dia nampak kini, satu, dua, tiga, empat kambing dan...... terus ke alam mimpi.........
BERSAMBUNG...
Harap Maaf,
Permohonan anda ke Universiti Teknologi MARA adalah tidak berjaya.
Keputusan adalah muktamad !
Permohonan kemasukan ke Program Diploma/Asasi UiTM bagi Semester 2 2011/2012 akan diiklankan dan dibuka pada bulan Julai 2011 melaluihttp://www.facebook.com/l/5AQDvwsnjAQAKGpm0E2qUCnSbr_VSRikwmFOaM34Z15zM6Q/online.uitm.edu.my
Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UiTM bagi Semester 2 2011/2012 akan diiklankan dan dibuka pada bulan Oktober 2011 melaluihttp://www.facebook.com/l/5AQDvwsnjAQAKGpm0E2qUCnSbr_VSRikwmFOaM34Z15zM6Q/online.uitm.edu.my
* Pastikan No KP anda betul dan anda membuat permohonan, klik di sini untuk semak semula
No comments:
Post a Comment